News

Archives

Post

Jangan kecewa duhai hati



"Ingatlah bahawa jika malam terlalu gelap, maka ia menjadi petanda bahawa cahaya fajar akan segera menjelma."

"Sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam dirimu, maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali dalam dirimu juga."

"Kebahagiaan akan berputar ke arahmu, kerana dunia ini berputar bagai roda."

"Hidup sememangnya merupakan rentetan masalah dan cubaan. Dan jika anda mampu mengharunginya dengan sabar, maka anda akan beroleh keputusan yang terpuji."

"Peristiwa masa lalu adalah mimpi, hari esok adalah harapan indah, sedangkan hari ini adalah realiti."

Assalamualaikum pembaca sekalian. Apa khabar hari ini agaknya saudara/saudari di sana? Harapnya sentiasa sihat, berada di bawah lindungan-Nya. Sengaja aku hari ini membuka bicara dengan mutiara kata. Ada maksud tersirat jua tersurat yang boleh kita sama-sama ambil pedoman darinya.

Realiti hari ini agak menyakitkan. Aku bukanlah datang dari keluarga berada yang kaya-raya, namun aku sangat bersyukur atas segala kurniaan-Nya kepada aku. Dikelilingi keluarga yang penyayang juga mengambil berat, membuat aku kuat menempuh hidup yang semakin mencabar. Aku kecewa hari ini. Mungkin sudah ditakdirkan, dia bukan diciptakan untukku. Aku bukan dicipta dari rusuknya. Aku perlu mencari aku ini dari rusuk siapa. Kesedihan hari ini hanyaku kongsikan bersama beberapa orang teman yang aku perhatikan sentiasa ada bersamaku saat susah jua senang. Kami tidak 'putus cinta' kerana kami tidak bercinta. Hanya aku seorang yang memendam rasa. 

Cinta anugerah Ilahi yang sangat indah. Umpama taburan bunga segar di laman luas. Dengan warna indah memukau mata memandang. Rasa bahagia bila ia mekar mewangi. Saat ia mula layu, harus kita sedar ia perlu dibuang kerana sudah tidak memberi manfaat. Sayang memang sayang, namun ia bukan lagi untuk disimpan. 

Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah, bersabarlah, kuatkanlah kesabaran kamu dan bersatulah. Bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Surah Al-Imran: 200)

Mungkin sekarang kesabaranku diuji. Aku perlu sedar dari mimpi, perlu menjengah realiti. Sabarlah, jangan kecewa duhai hati. Mungkin ada yang lebih baik di luar sana. 

Allah berfirman lagi dalam Surah Asy-Syura: 28:
"Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan Dia menyebarkan rahmat-Nya."

Semoga ada rahmat dari-Nya untuk kita semua selepas ini. Semoga kita semua beroleh rahmat-Nya. Semoga kita semua akan bahagia. Kebahagian di dunia ini hanya sementara. Di akhirat jua kebahagian yang kita  akan peroleh untuk selamanya.

"Nafsu itu adalah penggerak dalam diri seseorang. Jika ia dimanjakan, ia akan ketagih. Tetapi jika dibiarkan, ia akan lupa. Cintailah Nabi Muhammad melebihi cinta anda kepada orang lain."

Sesungguhnya, jika cinta itu datangnya dari Dia, tidak salah jika kita kembalikan semula kepada penciptanya. Jangan kita biarkan hati kita dikecewakan oleh sesiapa pun termasuk kita sendiri kerana tiada sesiapa pun dalam dunia ini yang berhak untuk menyakiti hati kita kerana ia milik Yang Esa.


Post

Bila Hati Kecewa

Bila hati kecewa, Jiwa rasa lara, Minda malas kembara, Merentasi semua benua… Bila hati kecewa, Mulut malas bicara, Jari jari bingkas bekerja, Kerana hati membara… Bila hati kecewa, Semua bagai tak kena, Tiada lagi ketawa, Hanya masam mencuka… Bila hati kecewa, Tak sabar tunggu esok yang ceria, Tapi, dungu yang tiba, Menjadi bertambah lara… Bila hati kecewa, Pada Tuhan mencurah rasa, Tiada manusia boleh percaya, Kerana Dia Sang Pencipta…



Niina

Niina
Niina

Live Chat Box