News

Archives

Post

9 punca pasangan bercinta tidak mampu bertahan

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.


Post

9 Rupa yang dihalau di Padang Mahsyar

1. Ditukar rupa menjadi wajah kera.
Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

2. Ditukar rupa menjadi wajah babi.
Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

3. Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

4. Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

5. Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

6. Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan
Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

7. Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

8. Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

9. Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.
Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia.Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud:
"Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"

Allah berfirman:
"Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud:
"Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bgaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada. Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." – (surah An-Naml:83)

*BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM
KALANGAN TERSEBUT Sumber | kisah-budak-nakal.blogspot.com


Post

Nabi Musa, Abid dan Si Pencuri

Di zaman Nabi Musa AS ada seorang hamba Allah yang kerjanya hanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri.

Pada suatu hari, dia terlihat Nabi Musa AS sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa. Katanya, "Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku".

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melaksanakan niatnya itu. Dia berkata, "Aku ni pencuri. Manalah aku layak pencuri seperti aku ini berjalan bersama dengan seorang nabi". Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa AS dari belakang. Lelaki itu adalah si abid yang telah beribadat secara istiqamah selamah 40 tahun dan dikenali oleh semua orang. Si pencuri berkata di dalam hatinya, "Baik aku berjalan bersama si abid ini, mudah-mudahan ada baiknya juga untuk aku".

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, "Celaka aku kalau si pencuri berjalan bersamaku, takut nanti rosak segala amalan dan kebaikanku selama ini".

Si abid terus berjalan laju supaya si pencuri tadi tidak dapat mengikutnya. Namun si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana mahu tetap bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa AS. Nabi Musa AS terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, "Aku baru sahaja dapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah." Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.

Berbahagialah si pencuri kerana segala dosa mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah Taala. Tetapi malang dan berita duka bagi si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun ditolak dan tidak diterima oleh Allah SWT.

Rupa-rupanya si pencuri itu walau pun kerjanya mencuri, tetapi dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia mencuri kerana ditimpa kemiskinan dan memikul tanggungan yang banyak. Namun masyarakat ketika itu sungguh angkuh dan sombong. Manakala si kaya pula enggan membantu orang fakir dan miskin.

Oleh itu dia mencuri kerana terpaksa. Setiap kali dia mencuri, dia amat rasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itulah juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun itu jugalah hatinya merintih sedih, meminta belas kasihan, memohon keampunan Allah dan mengharapkan kasih sayangNya.

Sebaliknya si abid pula, dia teramat yakin bahawa ibadahnya mampum menyelamatkannya. Dia malahan yakin ibadahnya akan dapat membeli syurga. Setiap kali dia beribadah, dia merasa dirinya bertambah baik, dan setiap kali dia beribadah dia merasakan dirinya bertambah mulia.

Selama 40 tahun di abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia hinggakan dia merasakan dirinya tidak layak bergaul dengan orang yang tidak sepertinya, yang dirasakan hina dan banyak dosa. Dia merasakan dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah SWT yang mengetahui segala isi hati manusia, yang tidak melihat amalan zahir semat-mata tetapi apa yang terkandung di dalam hati manusia. Sesungguhnya Allah meilai hambaNya berdasarkan amalan yang benar-benar ikhlas, bukan amalan yang dilakukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk dan untuk mendapat perhatian dan pujian manusia. Kepunyaan Allah lah tiap segala sesuatu. Syurga dan neraka itu, Allah jua yang Maha Menentukan.

Sumber | www.blogwalking.info


Post

Hukum berkahwin dengan orang BERZINA

Assalamualaikum wr.wb.

Saya terus terang saje Ustaz. 

Saya telah menjalin hubungan dengan seorang wanita & insyaAllah siap utk menjadikan dia isteri saya. Namun beberapa hari lalu,pasangan saya mengaku bahawa dia tidak dara lagi. Dia pernah melakukannya dengan bekas kekasihnya dan itu sudah terjadi 8 tahun yg lalu. 

Dia mengaku hanya melakukan sekali sahaja dan sudah menyesal. Kerana saat itu dia menganggap bakal menjadi isteri dari bekas kekasihnya. Tapi menurut dia hubungan mereka tidak direstui org tuanya kerana suatu hal. Dan bekas kekasihnya itu juga masih teman saya. Yang ingin saya tanyakan:

1. Apakah hukum dalam Islam dibolehkan menikahi wanita tersebut ? Atau lebih baik meninggalkannya dan mencari wanita yg lebih baik?

2. Baru-baru ini bekas kekasihnya ingin balik lagi kepada dia. Saya tahu dia masih mencintainya, kerana mereka berpisah hanya kerana masalah restu dari org tua wanita itu. Apakah saya harus merelakan wanita ini untuk kembali lagi atau tetap dengannya? kerana yang saya tahu dia mencintai saya.

3. Bila saya tetap menikahinya dengan alasan ibadah, apakah saya termasuk orang tidak baik? Kerana menurut Al-Quran surat an-nur (sy lp ayatnya) orang baik berjodoh dengan orang baik, dan yg tidak baik akan berjodoh dengn yang tidak baik (maaf kalau salah). Mohon untuk dijawab agar saya dpt mengambil keputusan tanpa ragu-ragu.Terima kasih atas jawapannya

Jawapan

Semoga Allah merahmati kita semua
1. Sebenarnya hukum menikah dengan orang berzina memang cukup berat, sebahagian Ulamak mengharamkan. Melihat hal ini saya sarankan saudara mencari pasangan yang lain. Jika masih ada peluang untuk mencari pasangan yang lain carilah yang lebih suci. Jika tidak boleh pilih yg lain, dan akan menghasilkan mudarat jika tidak menikah dengannya , maka suruh dia bertaubat terlebih dahulu agar kamu disebut sebagai orang yang terjaga kehormatannya (tidak berzina) menikah dengan yang terjaga kehormatannya (tidak berzina)

2. Jika anda memilih mencari pasangan yang lain maka biarkanlah dia bersama orang yang pernah menzinahinya. Dua-duanya harus bertaubat dan melangsungkan kehidupan yang normal.

3. Orang yang berzina memang dianggap tidak baik selama belum bertaubat. Jika sudah bertaubat maka orang yang bertaubat seperti orang yang tidak punya dosa lagi. Ia kembali suci.
Wallahualam. Sumber | hotreload2u.blogspot.com


Post

10 Laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat

1. LALUAN MENUJU KE KUBUR 
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji 
b. Hindarkan perasaan irihati (benci) 
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia 
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

2. LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL 
a. Bersihkan diri dengan bertaubat 
b. Gembirakan hati orang Mu'min 
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3. LALUAN UNTUK BERTEMU MUNKAR NAKIR 
a. Mengucap dua kalimah syahadat 
b. Suka memberi sedekah 
c. Berkata benar 
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN 
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat 
b. Sucikan perkataan dan pakaian 
c. Bersyukur dengan yang sedikit 
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN 
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia 
b. Pendekkan cita-cita dunia 
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH 
d. Banyakkan sedekah dan khairat

6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM 
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala 
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa 
c. Berpegang teguh dengan hukum syara' 
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA 
a. Banyakkan membaca al-Quran 
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu 
c. Tinggalkan perkara yang maksiat 
d. Jauhkan segala yang haram

8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA 
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh 
b. Kasihi orang yang soleh 
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH 
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W
a. Kasihilah Nabi ALLAH 
b. Kasihilah Rasulluah 
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH 
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

10. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH S.W.T
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH 
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH 
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH 
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya 

Sumber | hotreload2u.blogspot.com


Post

Jangan kahwini wanita yang ada sifat ini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. Sumber | hotreload2u.blogspot.com


Post

Tafsiran mimpi dalam Islam, mimpi berkaitan alam semulajadi dan tanaman 2/3

1.Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
2.Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
3.Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya
anda akan menjelaskan segala hutang piutang.
4.Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
5.Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
6.Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
7.Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
8.Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
9.Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
10.jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh
menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
11.Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
12.Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
13.Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
14.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
15.Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
16.Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan
beroleh nikmat di dunia dan akhirat
17.Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
18.Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
19.Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
20.Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
21.Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
22.Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
23.Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Sumber | hotreload2u.blogspot.com


Post

Tafsiran mimpi dalam Islam, mimpi berkaitan peristiwa atau kejadian 1/3

1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
3.Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya
anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada
dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
6.Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala
di dunia dan akhirat
10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan
yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
11.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
12.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan
segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi
petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
13.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
14.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
15.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
16.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
17.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan
diakhiri dengan kejayaan
18.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat
kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai
permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
19.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
20.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
21.Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang
berpengaruh atau berpangkat besar
22.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala. 23.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
24.Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
25.Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
26.Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
27.Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika
makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
28.Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
29.Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka
cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa30.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
31.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
32.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
33.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
34.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
35.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
36.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
37.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
38.Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
39.Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
40.Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan
sempurna
41.Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
42.Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
43.Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik 44.Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya
dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang
beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
45.Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
46.Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
47.Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
48.Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w 49.Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
50.Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
51.Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
52.Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
53.Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
54.Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
55.Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
56.Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan
memperoleh harta atau anak
57.Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
58.Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
59.Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Sumber | hotreload2u.blogspot.com


Niina

Niina
Niina

Live Chat Box