News

Archives

Post

Kesan Menggunakan Laptop Tanpa Beteri



Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri tidak kami dapat sangkal lagi kebenaran memang ada.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.
Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan.

Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.
Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.


Post

Cara² Untuk Setup BlueStacks

Cara² Untuk Setup BlueStacks pada Windows 7, Vista dan XP? Sila Ikut syarat dan Gambar di bawah, 

1) Anda mesti mempunyai graphic card dan ram yang tinggi untuk mengelak kan tidak lag..

2) Hard disk Space misti ade dalam 4gb keatas

3) C:\, D:\, F:\, atau etc...

4) Windows XP atau Windows Vista

5) Muat turun BlueStacks di sini http://bluestacks.com/

syarat Installer Sila klik dua kali BlueStacks Installer. sebagai contoh, pada desktop PC anda. Installer adalah fakta installler ringan yang menguruskan muat turun, pemasangan dan permulaan BlueStacks pada PC anda. Anda akan melihat dari Windows meminta kebenaran anda untuk membenarkan ia untuk Install BlueStacks. Sila klik "Run" untuk mula Install BlueStacks.
Installer akan mula downloading BlueStacks Click pada continue
Anda akan dapat untuk lihat kemajuan download
Sebaik sahaja muat turun selesai, BlueStacks akan berada di desktop.
Install dok di bahagian atas skrin anda, folder Android Apps dan shortcut BlueStacks pada desktop anda


Post

Jangan kecewa duhai hati



"Ingatlah bahawa jika malam terlalu gelap, maka ia menjadi petanda bahawa cahaya fajar akan segera menjelma."

"Sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam dirimu, maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali dalam dirimu juga."

"Kebahagiaan akan berputar ke arahmu, kerana dunia ini berputar bagai roda."

"Hidup sememangnya merupakan rentetan masalah dan cubaan. Dan jika anda mampu mengharunginya dengan sabar, maka anda akan beroleh keputusan yang terpuji."

"Peristiwa masa lalu adalah mimpi, hari esok adalah harapan indah, sedangkan hari ini adalah realiti."

Assalamualaikum pembaca sekalian. Apa khabar hari ini agaknya saudara/saudari di sana? Harapnya sentiasa sihat, berada di bawah lindungan-Nya. Sengaja aku hari ini membuka bicara dengan mutiara kata. Ada maksud tersirat jua tersurat yang boleh kita sama-sama ambil pedoman darinya.

Realiti hari ini agak menyakitkan. Aku bukanlah datang dari keluarga berada yang kaya-raya, namun aku sangat bersyukur atas segala kurniaan-Nya kepada aku. Dikelilingi keluarga yang penyayang juga mengambil berat, membuat aku kuat menempuh hidup yang semakin mencabar. Aku kecewa hari ini. Mungkin sudah ditakdirkan, dia bukan diciptakan untukku. Aku bukan dicipta dari rusuknya. Aku perlu mencari aku ini dari rusuk siapa. Kesedihan hari ini hanyaku kongsikan bersama beberapa orang teman yang aku perhatikan sentiasa ada bersamaku saat susah jua senang. Kami tidak 'putus cinta' kerana kami tidak bercinta. Hanya aku seorang yang memendam rasa. 

Cinta anugerah Ilahi yang sangat indah. Umpama taburan bunga segar di laman luas. Dengan warna indah memukau mata memandang. Rasa bahagia bila ia mekar mewangi. Saat ia mula layu, harus kita sedar ia perlu dibuang kerana sudah tidak memberi manfaat. Sayang memang sayang, namun ia bukan lagi untuk disimpan. 

Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah, bersabarlah, kuatkanlah kesabaran kamu dan bersatulah. Bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Surah Al-Imran: 200)

Mungkin sekarang kesabaranku diuji. Aku perlu sedar dari mimpi, perlu menjengah realiti. Sabarlah, jangan kecewa duhai hati. Mungkin ada yang lebih baik di luar sana. 

Allah berfirman lagi dalam Surah Asy-Syura: 28:
"Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan Dia menyebarkan rahmat-Nya."

Semoga ada rahmat dari-Nya untuk kita semua selepas ini. Semoga kita semua beroleh rahmat-Nya. Semoga kita semua akan bahagia. Kebahagian di dunia ini hanya sementara. Di akhirat jua kebahagian yang kita  akan peroleh untuk selamanya.

"Nafsu itu adalah penggerak dalam diri seseorang. Jika ia dimanjakan, ia akan ketagih. Tetapi jika dibiarkan, ia akan lupa. Cintailah Nabi Muhammad melebihi cinta anda kepada orang lain."

Sesungguhnya, jika cinta itu datangnya dari Dia, tidak salah jika kita kembalikan semula kepada penciptanya. Jangan kita biarkan hati kita dikecewakan oleh sesiapa pun termasuk kita sendiri kerana tiada sesiapa pun dalam dunia ini yang berhak untuk menyakiti hati kita kerana ia milik Yang Esa.


Post

Bila Hati Kecewa

Bila hati kecewa, Jiwa rasa lara, Minda malas kembara, Merentasi semua benua… Bila hati kecewa, Mulut malas bicara, Jari jari bingkas bekerja, Kerana hati membara… Bila hati kecewa, Semua bagai tak kena, Tiada lagi ketawa, Hanya masam mencuka… Bila hati kecewa, Tak sabar tunggu esok yang ceria, Tapi, dungu yang tiba, Menjadi bertambah lara… Bila hati kecewa, Pada Tuhan mencurah rasa, Tiada manusia boleh percaya, Kerana Dia Sang Pencipta…



Post

Cincin Risik!!

Agak nye lah kan sape kan org yg akan aku sarung kan cincin ini


Post

Desktop

New Desktop At home and New Android


Post

Kenangan Kata2 Terhadap Dia

Kini kau milik orang lain Air mata kelelakianku gugur jua biarpun ditahan. Aku kecundang lantaran nokhtah cinta yang terbina terputus di tengah jalan. Di dalam tidurku, aku menangis apabila mengenangkan berita mengenai pertunanganmu. Sayangku, Aku cukup terkilan dengan nokhtah cinta kita. Di lembah itu kita dipertemukan, segala pahit maung kita lalui dengan tabah sehinggalah kau berjaya mencapai kerjaya yang kau impikan. Aku cukup meminati kerjayamu apatah lagi sikapmu. Lantaran kesungguhanku untukmu, pelbagai persediaan awal telah kubuat, duit hantaran kita dan cincin pertunangan. Kusimpan berdikit biarpun aku hanya membuat kerja kampung. Aku sedar sikap berdiam diriku memakan diri. Aku terlalu mengharapkan kawan sebagai perantaraan antara kisah kita. Puas sudah kukirim surat tapi tidak kesampaian. Alamat yang diberikan padaku oleh kawan kita salah. Harapkan penyokong, penyokong membawa rebah. Dikhabarkannya pula bahawa aku sudah mempunyai insan lain. Setelah bertunang, kau menghubungiku untuk memberitahu hal pertunanganmu. Aku cukup terkejut dan terkilan setelah mendengarnya. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa kau sudah bertunang. Kau akan berdampingan dengan insan lain dan kau akan mengahwini orang lain. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kau akan mendapat anak daripada lelaki lain… cukup tidak dapat aku terima. Lantaran kecewa dan terkilan dengan sikapmu, aku menghabiskan segala wang perbelanjaan dalam masa sebulan. Hatiku sebak apabila melihat wang dan cincin itu. Juitaku, Perempuan tetap dengan sikap hati perempuannya. Begitu mudah berubah. Pernahkah kaufikirkan pengorbanan yang aku lakukan demi cinta kita? Titisan keringatku gugur demi membaja cintaku padamu. Berapa lamakah penantianku dalam membuang masa menantimu ? Sedikit pun tidak kauhargainya. Khabar angin mengatakan kau sedia menerima lelaki lain yang baru kaukenali. Cinta yang dibina seabad lama, dilupa seminit sahaja. Aku cukup kecewa, sayang. Segala kerja tidak menjadi. Bayangan kecewa, terkilan, kesal membayangi setiap langkahku. Bulan tidak pernah berubah biarpun awan sentiasa menggamit lalu. Aku menginsafi diriku kini, insan haus yang mengharap seteguk air di padang pasir. Biarpun puas kucuba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi gagal dewiku. Kau cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi untuk membencimu. Makin ku membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau kau akan dipersiakan. kau akan diijabkabulkan. Sukar untuk kuterima peristiwa manismu. Dalam luluh hati dan ketidakredaan terpaksa kulafazkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Jangan dikenang saat manis antara kita demi kebahagiaan rumah tanggamu kerana kutahu kau adalah gadis baik. Mungkin hati ini akan terubat. Mungkin sebulan, setahun, sepuluh tahun aku akan dapat melupakanmu. Dan yang nyata tragedi akan kuingat sampai mati.


Niina

Niina
Niina

Live Chat Box