
Mengapa saya tidak berkahwin lagi?
Labels: Benci, Informasi, isu semasa, Percintaan, personal, seks, Wanita
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca-pembaca BLOG Joe.Hari ini ayie ingin berkongsi pendapat kepada anda semua mengapa sesetengah lelaki sekarang ini tidak mahu berkahwin lagi.
Ala, kahwin tu senang je la ayie oi.Hahahah. Memang senang kalau diikutkan kepala gila remaja ku ni..Oooops
Jadi inilah sebab-sebab mengapa lelaki sekarang tidak mahu berkahwin lagi:
1) Duit belum cukup
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!
2) Beli kenderaan dulu seperti kereta sebelum kahwin
Tiada kereta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu
3) Perempuan sekarang susah dicari dan tidak berkenan dihati
Memang susah pun. Perempuan sekarang ini ? Ada duit abangku sayang, takde pitis sayangpun melayang!
4) Tiada seruan lagi
Ayie ni mana lah ada awek lagi.Macam mana nak kahwin?
5) Pelbagai halangan terpaksa diredah
Banyak sangatlah procedure sekarang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kahwin kat Siam dia tak nak!
6) Saya belum bersedia
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Perempuan apa tau! Sekarang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.
7) Ilmu belum cukup
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga? Soal-soal perempuan belum khatam lagi. Karang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!
8) Dah cuba tapi dikecewakan
Perempuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? Tak kira lah laki orang ker?.Duda orang ker? terus dia tinggalkan kita.
Apa pendapat anda wahai pembaca-pembaca ku?